Program Memperhebat Potensi Diri
Program berlangsung selama 2 hari pada 28 dan 29 September 2019 di UiTM Perlis. Ia adalah kerjasama di antara Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) , UiTM Perlis dengan Biro Perhubungan, Ekonomi dan Kerjaya, Persatuan Alumni UiTM Perlis. Penceramah terdiri dari Tuan Haji Azlan bin Yusof dan Tuan Haji Mohd Zuber bin Abu Bakar dari pihak Persatuan Alumni sendiri. Program bertujuan untuk mengenal dan memperhebat potensi diri pelajar bagi meningkatkan kualiti graduan UiTM Perlis. Melibatkan lebih kurang 160 pelajar dari pelbagai kursus.